fbpx
Gambar hiasan

Wanita maut jatuh tingkat 13 ketika serbuan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Seorang wanita asing berusia dalam lingkungan 20-an ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Bandar Baru Nilai, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kejadian berlaku pada pukul 1.30 pagi ketika sepasukan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai melakukan serbuan kes dadah di lokasi tersebut.

Menurutnya, wanita itu dipercayai cuba melarikan diri melalui balkoni pangsapuri sebelum tergelincir dan jatuh.

“Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang tiba di lokasi mendapati mangsa tidak sedarkan diri di tingkat bawah bangunan itu sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya kepada pemberita.

Mayat wanita itu dihantar ke Unit Forensik, Hospital Rembau untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN