fbpx
Mohamad Hanifah menyerahkan surat kerjasama kepada wakil UMNO Negeri, Datuk Mustapha Nagoor yang juga ADUN Palong. Foto NUR SHARIEZA ISMAIL/KOSMO!

14 ADUN BN Negeri Sembilan kekal dengan Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersetuju untuk kekal bersama Kerajaan Perpaduan di negeri itu bagi memastikan kestabilan terus terpelihara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut dicapai hasil pertemuan bersama semua ADUN tersebut hari ini.

“Saya mengadakan perbincangan dengan semua 14 ADUN. Kita mahu membetulkan persepsi bahawa mereka bukan berhasrat untuk ‘menebuk atap’ atau membentuk kerajaan negeri melalui pintu belakang.

“Parti di peringkat nasional dan semua ADUN yang saya temui bersetuju agar kita terus bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan supaya tidak berlaku sebarang penggugatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Perasmian dan Menyaksikan Majlis Pertukaran MoU Antara MyDigital ID Sdn. Bhd. dan Rakan Kerjasama Strategik di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Pengerusi BN itu berkata, langkah diambil kesemua 14 ADUN tersebut sebenarnya berniat baik bagi mempertahankan institusi diraja dan adat di Negeri Sembilan, dihormati dan didukung semua rakyat.

“Kita tahu negara sedang menghadapi permasalahan ekonomi global dan kita harus bersatu hati untuk bersama-sama bukan hanya menangani, tetapi bersama untuk mendukung seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri.

“Ini bagi mewujudkan kestabilan politik demi untuk kita bersama-sama menghadapi yang disebut sebagai krisis global ini demi kepentingan rakyat keseluruhannya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN