fbpx
PBMM mahu terus menyokong agenda pembangunan bakat negara, selain memastikan lebih ramai pemain muda mendapat laluan jelas ke peringkat lebih tinggi.

PBMM hantar wakil ke Liga Remaja Kebangsaan 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERSATUAN Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) serius untuk memantapkan pembangunan akar umbi selepas menyertai Liga Remaja Kebangsaan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) edisi 2026.

Presiden PBMM, Mohd Firdaus Mohamed menganggap penyertaan tersebut sebagai langkah strategik untuk membuka lebih banyak ruang kepada bakat baharu menyerlah.

Menurut Mohd Firdaus, platform NFDP adalah peluang terbaik untuk PBMM memainkan peranan lebih proaktif dalam ekosistem pembangunan bola sepak negara.

“Ini peluang besar untuk kita sama-sama merancakkan pembangunan di peringkat remaja. Kita mahu beri lebih ramai pemain muda peluang beraksi dan berkembang dalam suasana kompetitif,” katanya pada Majlis Pengenalan Wakil Skuad PBMM di Kuala Lumpur, hari ini.

PBMM akan mempertaruhkan tiga pasukan mengikut kategori umur iaitu bawah 12 (B-12), B-15 dan B-16 pada saingan Liga Remaja Kebangsaan 2026 yang dijadual berlangsung dari Mei hingga November ini di Akademi Mokhtar Dahari.

Bagi kategori B-12, pasukan yang akan membawa cabaran PBMM ialah Prime Football Club, manakala X Prime Football Team mewakili kategori B-15, dengan kedua-duanya dari Shah Alam.

Sementara itu, kategori B-16 pula akan disertai pasukan yang berpengkalan di Kuantan iaitu Kuantan Soccer Kids (KSK) yang dilihat memiliki potensi besar untuk mencabar pasukan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN