fbpx
LUIS Diaz meledak gol keempat Bayern menyaksikan jurang gol tidak terlalu jauh biarpun mereka tewas 4-5 berdepan Bayern awal pagi semalam. - AFP

UCL: Kompany tidak kesal pilihan taktikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Pengurus Bayern Munich, Vincent Kompany mempertahankan pasukannya yang bolos lima kali ketika tewas 4-5 kepada Paris Saint-Germain pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Kompany juga mempersoalkan pihak yang menimbulkan keraguan tentang pendekatan strateginya apabila turun dengan permainan menyerang dan tidak terlalu memberikan fokus kepada tugasan bertahan.

“Apa yang kamu mahukan? Saya fikir kami sudah melihat banyak perkara bagus, jurang gol juga tidak terlalu besar dan kami hanya ada dua jalan. Yang pertama adalah melakukan serangan dan keduanya adalah berundur.

“Pendekatan diantara kedua-duanya tidak akan membuahkan hasil ketika menentang pasukan seperti PSG dan ia juga tidak akan sesuai dengan tahap pemain yang kami ada,” katanya.

Ini adalah kali pertama Bayern bolos lima gol sejak kalah 1-5 kepada Eintracht Frankfurt pada Disember 2023 dan kali pertama terjadi di separuh akhir Liga Juara-Juara selepas keputusan tewas 2-5 kepada Ajax ketika edisi 1994/95.

Kompany yang terpaksa menyaksikan perlawanan di tempat duduk ekoran penggantungan menjelaskan ketika kedudukan 2-5, cara terbaik untuk terus kekal bersaing adalah dengan melakukan serangan dan hasilnya cukup positif apabila memperoleh dua lagi jaringan.

“Kebiasaannya bolos lima gol dalam dua perlawanan, tetapi lihat juga kepada peluang yang kami cipta, sepatutnya kami boleh menjaringkan lebih banyak gol,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN