fbpx
Keadaan koperal polis yang cedera selepas dirempuh suspek dalam SJR di Persiaran Raja Muda Musa, Klang.

Rempuh polis di SJR, remaja lelaki bakal didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Tindakan seorang penunggang motosikal merempuh anggota polis trafik ketika sekatan jalan raya (SJR) di Persiaran Raja Muda Musa di sini, memakan diri apabila dia bakal didakwa di Mahkamah Klang, esok.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi kelmarin, seorang koperal polis berusia 39 tahun cedera di kepala dan muka.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, pertuduhan terhadap remaja lelaki berusia 19 tahun itu dibuat selepas menerima arahan Timbalan Pendakwa Raya.

“Suspek akan berdepan dua pertuduhan iaitu mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (memandu secara melulu dan berbahaya). Selain itu, Seksyen 332 Kanun Keseksaan (sengaja menyebabkan kecederaan bagi menakutkan penjawat awam),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati ketika kejadian, suspek yang membonceng bersama teman wanitanya berusia 19 tahun bertindak merempuh anggota polis yang sedang bertugas di SJR.

“Tindakan itu dipercayai dilakukan kerana suspek tidak mempunyai lesen memandu. Impak rempuhan menyebabkan anggota polis cedera di bahagian kepala dan muka. Mangsa kini masih menerima rawatan di Hospital Pantai, Klang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN