fbpx
Khaizalulinordin menunjukkan video terakhir anaknya itu. Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO

Redah longkang cari Khairil Izani tapi tidak jumpa – Bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Seorang bapa sanggup meredah longkang dipenuhi arus deras sejauh kira-kira 100 meter bagi mencari anak lelakinya yang dipercayai dihanyutkan dalam kejadian hujan lebat di Lorong Cakera Purnama, Puncak Alam di sini, semalam.

Tindakan Khaizalulinordin Nordin, 45, itu dilakukan selepas menerima maklumat kehilangan anaknya, Khairil Izani, kira-kira pukul 6.30 petang daripada isterinya.

Menurut pemandu lori itu, dia bergegas pulang dari tempat kerja di Bandar Elmina sebaik menerima maklumat berkenaan dan memulakan pencarian dengan menyusuri laluan longkang dan lubang saliran di kawasan berkenaan.

“Saya ketika itu tidak fikir apa-apa kecuali hanya dapat menemui anak, namun usaha berkenaan tidak berhasil,” katanya sebak ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, keluarganya lewat mengetahuinya kerana kejadian hanya dimaklumkan rakan anak yang datang ke rumah pada lewat petang.

Katanya, dia hanya mampu reda dengan apa yang berlaku, namun berharap anak dapat ditemukan secepat mungkin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN