fbpx
Fahmi

Lelaki nafi hina Sultan Selangor, akaun palsu dalam siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang dirakam percakapan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan beliau memuat naik kandungan berunsur 3R yang menghina Sultan Selangor.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, hasil maklumat awal siasatan mendapati individu berkenaan tidak mengaku terlibat dengan kandungan tersebut.

“Seperti yang saya maklumkan, seorang lelaki telah dirakam percakapan oleh pihak MCMC dan beliau menafikan memuat naik kandungan dipercayai mengandungi unsur 3R yang menghina Tuanku Sultan Selangor,” katanya pada sidang akhbar mingguan di sini hari ini.

Menurut beliau, MCMC kini bekerjasama dengan Meta dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan analisis forensik bagi mengesahkan penafian tersebut.

Katanya, antara aspek yang disiasat termasuk kemungkinan penggunaan akaun palsu atau kewujudan unsur provokasi.

“Antara yang diteliti adalah sama ada wujud akaun palsu atau elemen ejen provokator yang sengaja mencipta akaun bagi memuat naik kandungan dan seterusnya menimbulkan kemarahan awam,” katanya.

Beliau berkata, siasatan masih berjalan dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan oleh pihak berkuasa.

“Setakat ini, tidak ditolak kemungkinan kandungan tersebut dimuat naik menggunakan akaun palsu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN