fbpx
NUR HAYATI ketika ditemui selepas mesyuarat yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.

Kemelut status gabungan FTAA perlu selesai segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Olahraga Malaysia (MA) berharap isu gabungan melibatkan Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dapat diselesaikan dengan kadar segera demi kelangsungan pembangunan atlet negara.

Setiausaha Agung MA, Nur Hayati Karim berkata, badan induk itu sangat prihatin dengan perkembangan olahraga Wilayah Persekutuan, lebih-lebih lagi dalam persediaan ke arah Sukan SEA 2027 tahun depan.

Hari ini, satu pertemuan diadakan antara MA, wakil Kuala Lumpur dan Labuan di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (OCM) bagi membincangkan perkara itu tetapi tidak ada sebarang keputusan dapat dibuat.

“MA sangat prihatin tentang pembangunan olahraga di Malaysia, khususnya di Wilayah Persekutuan. Tambahan pula, kita di ambang persediaan untuk menghadapi temasya Sukan SEA akan datang.

“Kita mengambil inisiatif untuk kumpulkan ketiga-tiga persatuan bagi membincangkan bagaimana untuk memurnikan penubuhan Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan (FTAA). Hasrat kita adalah untuk ambil mereka jadi sebahagian daripada badan induk,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat tersebut.

Tambah beliau, beberapa persoalan yang diutarakan dalam mesyuarat berkenaan perlu dirujuk kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS) bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

Sebagai rekod, di bawah Perlembagaan MA, pembentukan FTAA perlu melibatkan perwakilan yang sah dari Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dengan proses penggabungan harus melalui semakan sewajarnya oleh Majlis MA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN