fbpx
Muhyiddin.

Kita tunggu kenyataan Pengerusi, Setiausaha Agung PN – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pihaknya akan menunggu kenyataan daripada pimpinan tertinggi berhubung kemelut politik yang berlaku di Negeri Sembilan.

“Kita tunggu Setiausaha Agung (Perikatan Nasional – PN) mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan (krisis Negeri Sembilan). Ini bukan soal Bersatu sahaja, ini juga soal Pas dan kami ambil pendirian atas nama PN.

“Jadi saya fikir yang wajar mengeluarkan kenyataan itu sama ada Pengerusi atau Setiausaha Agung (PN),” katanya ketika ditemui pemberita selepas perbicaraan kes di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, jalan Duta di sini hari ini.

Semalam media melaporkan, lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN Negeri Sembilan sedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) demi kestabilan pentadbiran susulan krisis kepimpinan di negeri berkenaan.

Perkara itu diumumkan ADUN Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker dalam satu sidang akhbar khas di Seremban.

Sebelum itu, seramai 14 ADUN BN Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun. Pengumuman itu sekali gus menarik sokongan terhadap kerajaan negeri sedia ada.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dilaporkan berkata, keputusan tersebut dicapai secara sebulat suara oleh kesemua ADUN tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN