fbpx
Ahmad Zahid berucap pada Majlis Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN dan Pelancaran Dasar Pengguna Negara 2.0 di Cyberjaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA

Krisis Negeri Sembilan: Ahmad Zahid jumpa Anwar hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan akan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan krisis politik di Negeri Sembilan hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid enggan mengulas masa dan lokasi pertemuan itu.

“Hari ini, takkan saya nak beritahu, kalau beritahu pun takkan boleh masuk,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN Ke-54 dan Pelancaran Dasar Pengguna Negara 2.0 di sini hari ini.

Semalam, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan, beliau akan meneruskan tugas sebagai Menteri Besar selain pentadbiran kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa selaras dengan apa dititahkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Dalam konteks ini, Aminuddin telah mempersembahkan kedudukan terkini kepada Tuanku, yang kemudiannya menitahkan supaya pentadbiran negeri diteruskan sehingga terdapat kejelasan muktamad mengenai situasi itu.

Seramai 14 Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan (ADUN) Barisan Nasional (BN) mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin, sekali gus menarik sokongan terhadap kerajaan negeri sedia ada.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menyifatkan, keputusan itu dicapai secara sebulat suara oleh kesemua ADUN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN