fbpx
Jalaluddin.

ADUN BN NS kosongkan pejabat, pulangkan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengesahkan beliau telah melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selepas menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar dan kerajaan perpaduan.

Menurut beliau, keputusan untuk tidak lagi memberikan kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan negeri secara automatik menyebabkan kedudukannya sebagai Exco gugur.

“Bila saya membuat pengisytiharan tidak lagi menyokong Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan menarik sokongan daripada kerajaan perpaduan, secara automatik jawatan Exco saya terlucut,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau turut memaklumkan bahawa proses pengosongan pejabat sedang dijalankan, termasuk pemulangan semua kemudahan rasmi.

“Hari ini saya telah meminta supaya semua kemudahan dan kenderaan Exco dipulangkan kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK),” jelasnya.

Empat Exco tersebut adalah Exco Kanan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa dan Perladangan dan Komoditi, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Jalaluddin Alias; Exco Pendidikan dan Modal Insan Datuk Ismail Lasim; Exco Pembangunan Belia dan Sukan Datuk Mustapha Nagoor dan Exco Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Datuk Mohd Faizal Ramli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN