PETALING JAYA – Dalam landskap perniagaan yang dipacu teknologi dan tuntutan kelestarian masa kini, pandangan praktikal berasaskan pengalaman sebenar menjadi keperluan yang semakin kritikal.
Menyedari perubahan ini, Eco World Development Group Berhad (EcoWorld) menganjurkan acara EcoWorld Connects: Leadership Exchange Masterclass di Eco Ardence, Setia Alam yang menghimpunkan usahawan dan pemimpin perniagaan dari pelbagai industri bagi berkongsi pandangan, membina jaringan strategik serta meneroka peluang baharu.
Program sehari itu mencerminkan visi EcoWorld dalam membangunkan komuniti bersepadu yang menggabungkan perniagaan, gaya hidup dan kehidupan bermasyarakat melalui ekosistem yang lebih menyeluruh.
Pengurus Besar Eco Ardence, Tiong Siow Yin berkata, EcoWorld Connects mencerminkan aspirasi pihaknya untuk membina lebih daripada sekadar ruang fizikal.
“Kami ingin membentuk persekitaran yang menyatukan idea, komuniti dan peluang. Seiring perubahan landskap perniagaan, jelas wujud peralihan ke arah persekitaran berasaskan komuniti yang lebih kolaboratif.
“Melalui inisiatif ini serta pembangunan seperti Maya Corporate Office Suites di Eco Ardence, kami komited menyokong pertumbuhan perniagaan menerusi komuniti yang lebih progresif,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE














