fbpx
Tangkap layar video menunjukkan wanita itu menuang susu dan snek ke atas dirinya di dalam kedai 7-Eleven. - Instagram

Wanita tuang susu, snek pada badan dalam kedai serbaneka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang pelancong wanita menerima kecaman orang ramai selepas merakam dirinya menuang susu dan snek dari atas kepala di sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Thailand, lapor portal berita Thaiger. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @lormwonglao menunjukkan wanita terbabit mengambil snek dari rak sebelum dibuka dan dituangkan pada dirinya. 

Dia kemudian mengambil dua botol susu segar dan melakukan perbuatan serupa sambil mengatakan ‘koktel yang lazat’ ke arah kamera. 

Perbuatan tidak senonoh itu menyebabkan lantai premis berkenaan dipenuhi susu serta snek yang tumpah. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial.

“Hapuskan visa percuma!” kata seorang netizen. 

“Kenakan denda dan hantar dia (pelancong berkenaan) pulang ke negara asal!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN