fbpx
Anggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit di dalam kereta Proton Persona terlibat kemalangan melibatkan empat kenderaan di Taman Uda, Paka, Dungun semalam.

11 cedera, Proton Persona terbabas selepas bergesel di simpang lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Gara-gara dua kereta bergesel sewaktu mahu membelok di persimpangan lampu isyarat, seramai 11 pengguna jalan raya cedera termasuk dua parah dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhampiran Taman Uda, Paka, di sini, malam tadi.

Kemalangan pada pukul 9.50 malam itu melibatkan dua kereta jenis Proton Persona dan Perodua Axia selain dua kenderaan pikap iaitu Toyota Hilux dan Isuzu D-Max.

Nahas tersebut dikatakan berlaku selepas sebuah kereta Proton Persona dikatakan bergesel dengan sebuah kenderaan lain sewaktu membelok masuk ke kanan di persimpangan lampu isyarat terbabit.
Kereta Proton Persona terbabit kemudiannya merempuh sebatang lampu isyarat berhampiran sebelum mengenai tiga kenderaan lain yang berada di laluan bertentangan.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Paka, Norhazamullah Abdullah berkata, seramai lima anggota bomba bergegas ke lokasi kemalangan sebaik menerima maklumat kebakaran pada pukul 9.54 malam.

“Sebahagian mangsa telah dikeluarkan dari kenderaan masing-masing dengan bantuan pengguna jalan raya lain.

“Seorang wanita yang tersepit ditempat duduk penumpang kereta Proton Persona pula terpaksa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN