fbpx
Anwar (tengah) hadir pada Majlis Ulang Tahun JPJ Ke-80 & Karnival Mega JPJ Madani 2026 di Batu Kawan, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/ KOSMO!

JPJ kutip lebih RM21.6 juta bidaan plat P_P

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mencatatkan hasil kutipan lebih RM21.68 juta menerusi bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri P_P yang dibuka sempena Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ Ke-80, bermula 20 April hingga semalam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, bidaan itu mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan seramai 19,370 pembida, manakala sebanyak 5,973 nombor pendaftaran berjaya dimenangi.

“Berdasarkan kepada rekod bidaan, harga bidaan tertinggi adalah P1P iaitu RM1.1 juta diikuti P9P dengan nilai RM1,000,777.

“Harga bidaan ketiga tertinggi pula adalah P8P iaitu RM613,000, keempat P6P (RM600,777) dan P2P (RM512,000),” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ ke-80 dan Karnival Mega JPJ Madani di pekarangan Stadium Negeri Batu Kawan di sini, hari ini.

Perasmian disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut melancarkan Aplikasi Pintar JPJ (MyJPJ).

Tambahnya, siri P_P itu dilihat antara yang paling popular setakat ini apabila ramai sanggup membayar harga tinggi untuk mendapatkan nombor pilihan masing-masing selain masih terdapat baki 4,026 nombor yang tidak dibida dan akan dibuka kepada orang ramai pada harga minimum.

Katanya, hasil kutipan bayaran bidaan turut menyumbang kepada pendapatan kerajaan, selain disalurkan semula bagi pelaksanaan pelbagai program berkaitan keselamatan jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN