PETALING JAYA – Satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah lori yang membawa muatan tong gas dipercayai telah berlaku di Balakong, hari ini.
Impak daripada kemalangan itu, menyebabkan bahan api yang dibawa bertaburan di atas jalan raya selain salah seorang pekerja terlibat turut tercampak ke laluan bertentangan.
Menerusi video yang dikongsikan @Mkhairulazri_, jelas memaparkan lori berkenaan pada mulanya hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan.
“Balakong…dekat Tol Sungai Long,” tulisnya ringkas pada kapsyen.
Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa tentang kemalangan itu, setakat ini.
Maklumat lanjut mengenai kejadian termasuk punca dan jumlah mangsa juga masih belum diketahui. – KOSMO! ONLINE














