fbpx
MHC

MU-UNITEN bangkit garang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysian University (MU)-UNITEN akhirnya membuka langkah dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) Wanita dengan kemenangan besar, namun ketua jurulatihnya, Ikmal Abdul Jabar menegaskan masih banyak aspek perlu diperbaiki.

Selepas dikecewakan pada aksi pembukaan, MU-UNITEN bangkit bergaya membelasah Perak 7-0 dalam perlawanan kedua di Stadium Hoki Azlan Shah, kelmarin sekali gus menghidupkan semula cabaran musim ini.

Ikmal menyifatkan peningkatan prestasi pasukannya sebagai hasil keserasian yang semakin baik antara pemain senior dan baharu, selain reaksi positif selepas kekalahan terdahulu.

“Alhamdulillah, pasukan nampak bermain dengan lebih baik. Keserasian pemain senior dan baru juga nampak peningkatan dan lebih selesa,” katanya yang dihubungi Kosmo!.

Dalam perlawanan tersebut, MU-UNITEN mempamerkan dominasi sejak awal apabila membuka jaringan pada minit ke-18 sebelum meledak empat gol dalam tempoh singkat untuk mendahului selesa 5-0.

Kemenangan itu bukan sahaja memberi suntikan moral, malah membuktikan kemampuan sebenar pasukan yang sebelum ini dilihat antara pencabar utama kejuaraan liga.

Bagaimanapun, Ikmal menegaskan jentera serangan pasukannya masih belum berada pada tahap terbaik, terutama dalam memanfaatkan peluang di kawasan D lawan serta memperkemaskan pukulan sudut penalti yang masih kurang tajam untuk diterjemahkan kepada jaringan.

“Pemain perlu belajar lebih tenang di dalam D pihak lawan sebab banyak peluang terbuka yang tidak gol kerana akibat terburu-buru. Pukulan sudut penalti juga perlu dipertingkatkan usaha untuk menghasilkan gol,” tambahnya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN