fbpx
Sultan Ibrahim

Agong bakal pilih Ketua SPRM baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah Baginda akan memilih Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu bagi menerajui suruhanjaya berkenaan.

Justeru, Seri Paduka Baginda bertitah menegaskan tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan perkara ini.

Baginda bertitah, jawatan berkenan amat penting dalam memastikan SPRM terus berperanan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Saya akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO) di sini hari ini.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dijadualkan berakhir kurang sebulan lagi iaitu pada 12 Mei depan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN