fbpx
Gambar menunjukkan resit pembayaran yang diterima pelanggan itu. - Facebook

Makan di restoran, lelaki kena bayar pinggan, sudu garfu sekali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki terkejut apabila dikenakan bayaran sebanyak 6,000 rupiah (RM1) bagi pinggan, sudu dan garfu selepas menikmati makanan di sebuah restoran di Indonesia, lapor portal berita Lambe Turah. 

Imej dimuat naik di platform Facebook menunjukkan resit pembayaran berjumlah 41,000 rupiah (RM9). 

Lelaki itu dipercayai memesan hidangan nasi bersama  telur rebus berharga 20,500 rupiah (RM5), bihun goreng berharga 4,000 rupiah (RM0.92) serta air mineral berharga 2,000 rupiah (RM0.46). 

Dia bagaimanapun tidak menyangka bahawa resit itu termasuk harga sudu garfu, pinggan, meja dan kerusi. 

Meja berharga 3,000 rupiah (RM0.69), manakala kerusi berharga 2,000 (RM0.46). 

Hantaran itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Selepas selesai makan, bawa pulang pinggan dan sudu garfu kerana kita sudah beli,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN