fbpx
Keadaan terkini di kawasan perniagaan di pusat perniagaan Taman TTDI Jaya, Shah Alam.

Seksyen 13, Taman TTDI Jaya dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Limpahan air Sungai Damansara mengakibatkan sebahagian kawasan di pusat perniagaan Seksyen 13 dan Taman Tun Dr. Ismail Jaya (TTDI Jaya) di sini, turut dilanda banjir kilat.

Paras air setinggi 0.4 meter (m) itu turut menyebabkan kesesakan di sekitar kawasan berkenaan terutama Jalan Opera, Jalan Lembing dan Jalan Renang.

Pengarah Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Mohd. Fauzi Aziz Maamor berkata, banjir sejak petang tadi itu susulan hujan lebat di bahagian hulu Sungai Damansara.

Beliau berkata, pihaknya telah menggerakkan Skuad Pantas dan Seksyen Saliran bagi operasi mengepam air di lokasi terjejas.

“Limpahan air sungai itu menyebabkan banjir di sekitar kawasan pusat perniagaan di Jalan Opera dan MBSA menempatkan pam mudah alih bagi mengeluarkan air.

“Banjir di Seksyen 13 berpunca aliran berlebihan dan kedua-dua lokasi itu dinaiki air bermula kira-kira pukul 6 petang,” katanya ketika dihubungi malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN