PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 4 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat adalah Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong) dan Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).
“Amaran cuaca buruk tersebut juga dikeluarkan melibatkan kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka (Alor Gajah) serta beberapa daerah di Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang).
“Di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sri Aman, manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu),” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE














