fbpx
Sebanyak 13 ekor lembu seludup yang dirampas di dalam muatan sebuah lori di Kampung Manan, Bunut Susu dekat Pasir Mas semalam. FOTO IHSAN PGA

Tak sempat terima upah RM70, dua lelaki ditahan ‘angkut’ lembu seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Seorang pemandu lori dan kelindannya tidak sempat menerima upah RM70 untuk menghantar 13 ekor lembu seludup yang dijadikan stok korban dari Tumpat ke Kota Bharu selepas mereka ditahan  di Kampung Manan, Bunut Susu di sini semalam.

Lelaki berusia 22 dan 25 tahun itu diberkas sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira pukul 9.30 malam menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pihaknya mengesan pergerakan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan rondaan di lokasi tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan di belakang kenderaan itu menemui 13 ekor lembu bernilai RM39,000 dipercayai untuk dijadikan stok korban sempena Hari Raya Aidiladha.

“Pemandu lori gagal mengemukakan dokumen berkaitan pemilikan atau kebenaran membawa haiwan tersebut.

“Hasil soal siasat, dua lelaki itu mengambil haiwan tersebut di Kampung Palas Merah, Telaga Bata, Tumpat untuk dihantar ke Binjai, Kota Bharu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, kedua-dua lelaki itu memaklumkan mereka dijanjikan upah sebanyak RM70 bagi tugasan penghantaran tersebut. Kesemua haiwan itu dipercayai diseludup masuk dari Thailand melalui laluan tidak sah.

Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 dan kes dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN