fbpx
CHELSEA gagal menggunakan kesempatan beraksi di laman sendiri apabila tewas kali kedua berturut-turut ketika berdepan United awal pagi semalam. - AFP

EPL: Rosenior percaya masih ada jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Biarpun berdepan dua kekalahan berturut-turut di laman sendiri, pengendali Chelsea, Liam Rosenior mendakwa beliau masih belum berada di bawah tekanan yang memuncak ketika ini.

Selepas menanggung kekalahan 0-3 kepada Manchester City minggu lalu, The Blues terpaksa menelan hakikat pahit sekali lagi apabila tumbang 0-1 kepada Manchester United pada aksi awal pagi semalam.

Rosenior menganggap Chelsea sekadar hilang tuah pada perlawanan itu apabila percaya mereka bermain lebih baik berbanding pasukan pelawat sepanjang aksi berkenaan.

“Kami berjaya mencipta serangan demi serangan dan saya rasa empat percubaan kami mengenai palang dan tiang gol. Saya tidak mahu pasukan merasakan mereka gagal, sebaliknya kami perlu terus berjuang.

“Buat masa ini, kami tidak bernasib baik apabila kesilapan kecil yang kami lakukan berakhir dengan gawang kami dibocori. Saya tidak berasa tertekan kerana saya sendiri meletakkan diri saya di bawah tekanan,” katanya.

Keputusan itu menyaksikan Chelsea berada dalam bahawa untuk kehilangan tempat bagi melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim depan apabila berada di kedudukan keenam dengan 48 mata.

Berbaki lima perlawanan musim ini, Chelsea mengharapkan Liverpool dan Aston Villa tercicir mata untuk membolehkan mereka mendaki kedudukan ke kelompok lima pasukan terbaik dan mara ke saingan Eropah berkenaan.

Bagaimanapun, Rosenior masih percaya bahawa Chelsea mampu memperbaiki prestasi seterusnya mengutip mata maksimum pada baki perlawanan untuk layak ke UCL. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN