fbpx
PASUKAN polis sedang melakukan siasatan di lokasi kejadian tembak di hadapan sebuah kedai makan di Kota Jaya, Kota Tinggi tengah hari tadi.

3 maut ditembak di hadapan kedai makan di Kota Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Tiga individu maut dalam satu kejadian tembak dipercayai berlaku di hadapan sebuah kedai makan di Kota Jaya di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian pada pukul 1.40 tengah hari itu, mangsa yang maut terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

Bagaimanapun identiti kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Difahamkan, sejurus kejadian itu, polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian tembakan terbabit ketika cuba melarikan diri.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, polis turut merampas sepucuk pistol dipercayai digunakan suspek dalam kejadian berkenaan.

“Siasatan masih dijalankan. Polis akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN