PETALING JAYA – Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi satu tangkap layar memaparkan dirinya memanjat sehingga ke hujung tiang layar bagi memasang bendera Palestin.
Tindakan berani itu dilihat sebagai simbol ketabahan dan keberaniannya dalam menyuarakan sokongan terhadap isu kemanusiaan, sekali gus membuktikan dirinya seorang wanita yang kental.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Ardell turut menitipkan kata-kata penuh makna sebagai lambang semangat perjuangan dan perpaduan.
“Satu anak panah mudah dipatahkan, tetapi tidak sepuluh yang diikat bersama,” katanya.
Kenyataan tersebut dilihat membawa mesej jelas mengenai pentingnya solidariti dalam membantu saudara Islam di bumi Anbia, selain mengajak masyarakat untuk terus bersatu dalam menyuarakan isu kemanusiaan sejagat.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada orang ramai di media sosial yang rata-rata memuji keberanian serta keprihatinan Ardell terhadap nasib rakyat Palestin. – KOSMO! ONLINE














