fbpx
JAIRO terpaksa dikeluarkan selepas berdepan insiden tendangan di bahagian muka oleh pemain Al-Ahli malam tadi.

ACLE: Jairo dibenar keluar hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENYERANG Johor Darul Ta’zim (JDT), Jairo Da Silva disahkan tidak mengalami kecederaan serius selepas dikejarkan ke hospital ketika pasukannya tewas 1-2 kepada Al-Ahli dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), malam tadi.

Menerusi kenyataan JDT di laman Johor Southern Tigers, pemain berusia 34 tahun itu menerima beberapa jahitan selepas bibirnya terkoyak susulan terkena sepakan pemain pertahanan Al-Ahli, Ali Majrashi pada minit ke-36.

Pengurusan Harimau Selatan turut mengesahkan pemain import dari Brazil itu sudah dibenarkan keluar daripada hospital semalam.

“JDT mengucapkan Jairo Da Silva semoga cepat sembuh selepas terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan kepala ketika aksi ACLE bertemu Al-Ahli di Arab Saudi,.

“Jairo yang menghasilkan bantuan jaringan untuk gol JDT sudah menjalani X-Ray dan imbasan CT di Kompeks Perubatan Raja Abdullah sebagai langkah awal dan menerima beberapa jahitan di bibir yang terkoyak,” kata kenyataan tersebut.

Pada perlawanan itu, Jairo seakan ‘pitam’ selepas ditendang di bahagian muka oleh Majrashi secara tidak sengaja sekali gus mencetuskan situasi cemas di bangku simpanan apabila pasukan medik dilihat lambat bertindak.

Jairo kemudian diusung keluar dan dia digantikan dengan Ager Aketxe tetapi kelebihan beraksi dengan 11 pemain selepas Majrashi dilayangkan kad merah masih tidak dapat membantu JDT untuk melangkah ke separuh akhir.

Tuan rumah bangkit meraih kemenangan hasil jaringan Franck Kessie dan Galeno untuk membantu juara bertahan itu layak ke separuh akhir ACLE musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN