JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia terkejut apabila juruterbang yang mengendalikan pesawat ringan dinaikinya sibuk bermain permainan video semasa berada di udara, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video kejadian dikongsi di platform TikTok oleh akaun @tarakan.terkini_ menunjukkan salah seorang juruterbang sedang khusyuk bermain permainan online, Mobile Legends.
Lebih mengejutkan, pesawat itu berada di udara dan dipenuhi penumpang.
Rakaman mencatatkan lebih 1.9 jut tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Penumpang tidak boleh bermain telefon bimbit, ini tidak adil,” kata seorang netizen.
“Pesawat ada mod ‘autopilot’, Mobile Legends tiada,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














