fbpx
Tangkap layar video menunjukkan ayam itu hanya duduk diam apabila pintu lif dibuka. - TikTok

Ayam siapa dalam lif?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang lelaki terkejut apabila menemui seekor ayam hidup di dalam lif sebuah flat di Singapura, lapor portal berita Must Share News. 

Penemuan aneh itu berlaku sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan), baru-baru ini. 

Rakaman video kejadian dikongsi di platform TikTok oleh akaun @sparkkpistols menunjukkan ayam  itu duduk diam apabila pintu lif dibuka. 

“Selepas menyambut Hari Raya, saya hendak naik lif tiba-tiba terjumpa ayam. Siapa punya ayam?” tulis perakam. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 161,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Ayam selalu lintas jalan, sekarang naik lif pula,” kata seorang netizen. 

“Ayam itu nak pergi temuduga dengan KFC,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN