fbpx
Anwar menerima kunjungan hormat daripada AWS hari ini

AWS perkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab digital utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Dasar Awam Amazon Web Services (AWS), Michael Punke hari ini.

Anwar dalam satu hantaran di laman X berkata, kunjungan tersebut menandakan komitmen berterusan AWS terhadap pelaburan strategik di negara ini, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab digital utama di rantau Asia Tenggara.

Beliau berkata, dalam pertemuan itu perbincangan tertumpu kepada kemajuan pelaburan AWS dan kesannya terhadap ekonomi negara.

“Itu termasuk dalam usaha mempercepat agenda transformasi digital dan penggunaan awan Kerajaan MADANI, pembangunan bakat tempatan serta komitmen terhadap kelestarian,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, AWS menekankan bahawa kekuatan infrastruktur dan kecekapan rantaian pembekalan Malaysia adalah antara faktor utama kepada kejayaan pelaburan mereka.

“Justeru, saya tekankan bahawa AWS harus terus memperluas limpahan peluang kepada syarikat tempatan untuk terlibat secara lebih bermakna dalam ekosistem global mereka.

“Kerajaan akan terus memperkukuh dasar sedia ada bagi memastikan manfaat jangka panjang daripada pelaburan strategik ini, di samping menggalakkan kerjasama lebih luas antara pembekal tempatan dengan ekosistem pusat data dan teknologi awan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN