fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yag dimuat naik oleh @Bizz_kid di laman Threads.

Parkir MRT Kwasa Sentral dinaiki air, kereta hampir tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kawasan letak kereta di stesen MRT Kwasa Sentral dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat, sehingga menyebabkan beberapa kenderaan hampir ditenggelami banjir.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @Bizz_kid, keadaan parkir dilihat dipenuhi air bertakung dengan paras mencecah tayar kereta, sekali gus mencetuskan kebimbangan pemilik kenderaan.

“Air bertakung,” katanya ringkas ketika membalas pertanyaan netizen mengenai situasi sebenar di lokasi kejadian.
Seorang lagi pengguna, @Jack.saw.370 meluahkan harapan agar isu banjir tidak berulang sekiranya pembangunan diteruskan di kawasan tersebut.

“Harap nanti bila dah membangun tak ada lagi banjir,” katanya.

Dalam pada itu, @Mattbourne68 turut mendakwa paras air sudah tinggi sehingga mencecah bahagian badan kenderaan.

“Sampai ‘dada’ kenderaan dah tu,” katanya.

Situasi sama turut dikongsi pengguna lain, @Fifisaad yang menggesa pemilik kenderaan segera mengalihkan kereta masing-masing.

“Cepat-cepat balik, hujan masih lebat. Kereta awak sikit lagi nak tenggelam,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung termasuk seluruh Lembah Klang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN