fbpx
Pak Yunus ketika diselamatkan dari sebuah perhentian bas di ibu negara baru-baru ini.

Pak Yunus ke pusat jagaan warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Warga emas dikenali sebagai Pak Yunus, yang sebelum ini diselamatkan dari sebuah perhentian bas di ibu negara, bakal ditempatkan di pusat jagaan warga emas di sekitar Petaling Jaya.

Menurut wakil Ketua Aktivis dan Pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan, Mohamad Azhan Mohamed Adnan atau Abbe Hae, setakat ini belum ada mana-mana ahli keluarga atau waris tampil untuk menuntut atau menghubungi pihaknya.

“Pak Yunus sudah berusia 70 tahun, jadi dia akan ditempatkan di sebuah pusat jagaan warga emas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ujarnya, jika ada waris yang ingin berjumpa, pihaknya sedia mengaturkan pertemuan tersebut pada bila-bila masa.

“Buat masa ini, keputusan telah dibuat untuk menempatkan Pak Yunus di sebuah pusat jagaan warga emas dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),” jelasnya.

Sebelum dihantar ke pusat jagaan, Pak Yunus kini ditempatkan di hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan lengkap.

“Jika ada penyakit, pusat jagaan nanti boleh buat susulan rawatan diperlukan,” katanya.

Sebelum dihantar ke pusat jagaan, Pak Yunus kini ditempatkan di hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan lengkap.

“Kita perlu pastikan dahulu keadaan kesihatan beliau dan mendapatkan rekod kesihatan. Jika ada penyakit, pusat jagaan nanti boleh lakukan susulan rawatan yang diperlukan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang warga emas dikenali sebagai Pak Yunus diselamatkan selepas hampir dua minggu dipercayai tinggal di sebuah perhentian bas di ibu negara.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN