fbpx
Anwar bercakap pada sidang akhbar sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Australia di Kompleks Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Pendirian Australia penting henti keganasan di Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Malaysia memberi reaksi positif terhadap pendirian Australia yang menyeru agar keganasan di Gaza dihentikan serta menyokong bantuan kemanusiaan dan penyelesaian berkekalan bagi konflik berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian Australia itu merupakan langkah penting ke arah mencapai penyelesaian jangka panjang terhadap isu berkenaan.

“Saya menghargai pendirian Australia mengenai Gaza yang menyeru penamatan permusuhan, menyokong bantuan kemanusiaan dan berusaha ke arah penyelesaian berkekalan.

“Pendirian itu amat penting dan Malaysia menyambutnya,” katanya dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese di Kompleks Perdana Putra, di sini hari ini.

Anwar turut menegaskan Malaysia akan kekal teguh menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat, meskipun keganasan masih berterusan di Gaza dan Tebing Barat.

Menurutnya, gencatan senjata di Gaza masih belum membawa kelegaan bermakna kepada orang awam, malah keganasan dan penderitaan terus berlaku walaupun usaha diplomatik sedang dijalankan.

“Dunia tidak boleh memalingkan pandangan dan membiarkan gencatan senjata bertukar menjadi kesunyian kubur.

“Apa yang diperlukan rakyat Palestin ialah penyelesaian yang adil dan berkekalan, iaitu sebuah negara berdaulat yang berdaya maju.

“Malaysia tidak akan berganjak daripada pendirian ini yang berasaskan prinsip dan nurani,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN