PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital, sekali gus mengundang kebimbangan orang ramai.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di aplikasi Facebook oleh pentadbir AdminDUKE yang memohon orang ramai mendoakan kesihatan beliau.
“Ustaz Kazim masuk ICU, mohon doa semua buat kesihatan beliau. ,” kata hantaran itu.
Menerusi video yang dikongsikan, Ustaz Kazim dilihat berada di atas katil hospital sambil ditolak masuk ke ICU.
Bagaimanapun, perincian lanjut mengenai keadaan terkini beliau masih belum diketahui setakat ini.
Susulan itu, ruangan komen hantaran berkenaan dibanjiri doa dan kata-kata semangat daripada orang ramai.
“Semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan semua urusan. Aamin ya Rabb,” kata Rozima Osman.
“Semoga Allah beri kesembuhan kepada ustaz,” ujar Syafrida Misdan.
“Semoga ustaz segera pulih seperti sediakala,” kata Ross Leman. – KOSMO! ONLINE














