fbpx
Antara individu yang dikenakan tindakan dalam Ops Lens kelmarin.

DBKL kompaun, sita 4 peralatan ‘ulat foto’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan empat kompaun terhadap ‘ulat foto’ atau jurugambar jalanan kerana menjalankan perkhidmatan tanpa kebenaran di sekitar Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC), di sini kelmarin.

Tindakan itu dibuat menerusi Ops Lens dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.

“DBKL menyita pelbagai peralatan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja 2016 dan serahan dua notis kepada individu (ulat foto) terbabit untuk hadir bagi tindakan mahkamah. Semua peralatan yang disita dibawa ke Stor Sitaan DBKL untuk tindakan dokumentasi,” katanya.

DBKL berkata, pihaknya akan terus memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang aktiviti perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran.

Sebarang aduan atau maklum balas boleh disalurkan melalui pautan saluran rasmi DBKL di https://adukl.dbkl.gov.my/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN