fbpx
PENDUDUK, Azizul Ibrahim menunjukkan keadaan bumbung rumahnya yang diterbangkan ribut dalam kejadian di Felda Lubuk Merbau, dekat Kuala Nerang kelmarin.

181 rumah terjejas ribut di Felda Lubuk Merbau, 3 kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERANG – Sebanyak 181 buah rumah di Felda Lubuk Merbau dan tiga lagi kampung di sini terjejas dalam kejadian ribut kelmarin.

Tiga kampung tersebut ialah Kampung Baru Tapang, Kampung Dusun dan Kampung Berjaya.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Mohd. Bukhori Mat Sidik berkata, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Badminton Felda Lubuk Merbau bagi menempatkan mangsa yang terjejas pada pukul 4 petang semalam.

“Bukan semua mangsa berpindah ke PPS itu. Seorang penduduk mengalami kecederaan patah tangan dalam kejadian itu,” katanya hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan sebanyak 143 buah rumah dilaporkan terjejas ekoran kejadian ribut di Felda Lubuk Merbau. Insiden itu turut menyebabkan sebahagian gerai makan runtuh dan menimpa dua pelanggan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN