KUALA LANGAT – Kegiatan sindiket pemindahan minyak hitam secara haram termasuk menggunakan sebuah kapal kargo terbongkar dalam dua serbuan berasingan sekitar daerah ini, semalam.
Serbuan menerusi Op Taring Landai bermula pukul 10 pagi itu berjaya menahan tujuh lelaki termasuk kapten kapal warga Indonesia berusia antara 17 hingga 59 tahun.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Asisten Komisioner Jafri Bidin berkata, serbuan pertama menerusi Unit Gempur Marin (UNGGERIN), Unit Risikan Marin (URM) dan bot ronda mengesan sebuah lori tangki mencurigakan di sekitar Pulau Carey.
Katanya, pihaknya kemudian mengekori kenderaan itu ke sebuah lot di Kawasan Perindustrian Segenting, Telok Panglima Garang.
Jelasnya, rampasan dan tangkapan diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) bagi tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE














