SALAH sebuah institusi pendidikan perakaunan terkemuka di negara ini, TYMBA Education Group (TYMBA) bakal memainkan peranan penting dalam mentransformasikan International School of Kuantan (ISK), Pahang. ISK bakal diubah menjadi pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf antarabangsa melalui kerjasama strategik yang menyeluruh dan berimpak tinggi. Langkah itu diperkukuhkan dengan pelantikan Pengasas TYMBA, Airil Razali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bersama antara TYMBA dan ISK yang bertanggungjawab menyelaras hala tuju serta memastikan pelaksanaan transformasi institusi berkenaan berjalan secara tersusun. Menurut Airil, jawatankuasa tersebut diwujudkan bagi menyokong……














