fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Nuai.Za di laman Threads

Poster ‘kantoi’ guna AI, jata negara jadi pelik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan dipercayai menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan poster rasmi mengundang kecaman netizen apabila jata negara yang dipaparkan dilihat tidak tepat dan ‘lari’ daripada reka bentuk sebenar.

Menerusi satu hantaran di laman Threads oleh Nuai.Za, dia berkongsi gambar notis berkaitan kawalan bekalan petrol RON95 di sebuah stesen minyak di Chow Kit yang memaparkan jata negara dalam keadaan mencurigakan, sekali gus mencetuskan persoalan tentang penggunaan AI dalam menjana poster hebahan tersebut.

“Teruk betul, jata negara pun nak dijana guna AI,” katanya.

Perkongsian itu meraih perhatian apabila ramai menyedari elemen pada jata berkenaan tidak selari dengan logo rasmi negara, dipercayai hasil penjanaan AI tanpa semakan lanjut.

Seorang pengguna, @Asykimi_ mempersoalkan tindakan tersebut dengan menyatakan pereka sepatutnya mempunyai akses kepada fail rasmi logo kerajaan.

“Pereka yang bertanggungjawab sepatutnya mempunyai koleksi fail rasmi seperti logo kerajaan. Perkara asas seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Seorang lagi pengguna berpendapat penggunaan AI bukan isu utama, sebaliknya kecuaian dalam proses suntingan.

“Ini bukan kesalahan AI semata-mata, sebaliknya berpunca daripada kelemahan pereka dan editor. Poster boleh dijana menggunakan AI, namun logo rasmi perlu disunting dan diletakkan dengan betul,” ujar @Paskal.my.

Sementara itu, seorang pengguna lain meluahkan rasa kecewa kerana perkara asas seperti jata negara sepatutnya tidak dipandang remeh.

“Kami telah mempelajari perkara ini sejak di bangku sekolah rendah. Oleh itu, amat mengecewakan apabila kesilapan seperti ini masih berlaku,” kata @Sekuzamei25- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN