PERANAN pempengaruh dalam dunia fesyen kini semakin penting, khususnya dalam mempopularkan gaya klasik kontemporari. Platform media sosial seperti TikTok membolehkan pempengaruh berkongsi inspirasi gaya, tip padanan pakaian serta aksesori, sekali gus membantu peminat lebih yakin menggayakan fesyen klasik kontemporari semasa sambutan Aidilfitri. Antara pempengaruh yang memberi inspirasi adalah Sofea Shra yang berkongsi siri Eid Just Got Better menampilkan padanan klasik kontemporari yang mudah digayakan pengikutnya sempena raya. Nina Khalil pula terkenal dengan siri Affordable Raya, memberi tip memilih baju raya……














