fbpx
Gambar hiasan.

SPRM terima aduan dakwaan transaksi RM500,000 bekas menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima aduan rasmi daripada Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur) berhubung dakwaan wujudnya transaksi sejumlah wang kepada seorang bekas menteri.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Hisyam Mohd. Yusoff berkata, aduan tersebut membabitkan projek mesin layan diri (vending machine).

Menurutnya, aduan tersebut dibuat oleh Pengerusi Biro Politik SekPur, Shahbudin Embun bersama seorang lagi ahli, Mejar Razali Zakaria kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi di ibu pejabat SPRM.

“SPRM telah menerima dokumen berkaitan dan akan menelitinya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, aduan tersebut susulan beberapa laporan media terdahulu yang membangkitkan dakwaan RM500,00 telah dibayar sebagai dana politik atau lobi melalui pihak perantara kepada tokoh politik tertentu.

Terdahulu, media melaporkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu membuat laporan kepada SPRM bagi memastikan dakwaan yang tular dapat disiasat secara telus serta mengelakkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Sebelum ini, bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menafikan dakwaan beliau menerima rasuah sebanyak RM500,000 daripada pemilik NexG Bhd, Datuk Abu Hanifah Noordin bagi tujuan melanjutkan kontrak syarikat itu pada 2023.

Menurut beliau, dakwaan yang disiarkan sebuah blog tidak dikenali itu hanyalah tuduhan liar selain garis masa yang dinyatakan juga tidak selari dengan keadaan sebenar ketika itu.

Beliau turut menegaskan tidak pernah berjumpa Abu Hanifah atau mana-mana wakil NexG sepanjang hidupnya, selain tidak mengenali individu yang didakwa sebagai ‘watak utama’ dalam penulisan blog berkenaan, iaitu Mohd Harizan Haris dari syarikat GFIS Sdn. Bhd.. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN