fbpx
Gambar hiasan.

Puspal tempat kerja idaman Gen Z

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERALING JAYA – Unit Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) menjadi perhatian yang disifatkan antara tempat kerja paling ‘dikehendaki’ dalam kalangan generasi muda.

Perkara itu tular menerusi satu hantaran di laman Threads oleh pengguna @Ashbert_aimstein24 yang memaparkan akaun rasmi laman Instagram Puspal yang memuat naik banyak persembahan daripada artis luar negara hasil pemerhatian mereka sewaktu persembahan berlangsung.

“Unit Kerajaan yang dicemburui anak muda,” ujarnya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen, khususnya golongan anak muda tertarik dengan unit berkenaan kerana terlibat secara langsung dengan industri hiburan termasuk konsert artis antarabangsa.

Seorang pengguna, @whatta.gotta berkata, staf di unit tersebut dilihat serius bekerja namun suasananya mungkin kurang sesuai bagi golongan muda yang lebih cenderung kepada elemen hiburan.

“Aku pernah nampak staf yang pantau benda ni. Memang muka akak-akak yang dah kerja lama, nampak serius. Kalau kita Gen Z nak pergi enjoy, memang tak dapat,” katanya.

Namun, terdapat juga yang menjadikan Puspal sebagai sasaran kerjaya pada masa depan.

Pengguna @Howareryul berkata, dia berazam untuk menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang semata-mata mahu bekerja di unit berkenaan.

“Memang saya nak grad dengan result tinggi supaya boleh kerja dekat situ,” ujarnya.

Seorang lagi pengguna, @Tictactoasty turut menyatakan hasrat sama sekiranya memiliki latar belakang dalam bidang media.

“Kalau saya graduan media, memang akan apply sini,” katanya.

Dalam masa sama, ada juga netizen yang berseloroh bersedia berdepan cabaran kerja termasuk waktu kerja panjang demi peluang tersebut.

“Kena OT sampai 3 pagi untuk buat observation pun sanggup,” kata @zferalyza.

Untuk rekod, PUSPAL merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi yang berperanan menyelaras permohonan penggambaran filem asing serta persembahan artis luar negara di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN