fbpx
SEORANG guru lelaki sebuah sekolah tahfiz maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh lori sampah ketika dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Tanjung Bidara, di sini, pagi tadi.

Guru tahfiz maut rempuh lori sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Perjalanan seorang guru tahfiz ke tempat kerja berakhir tragedi apabila maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori sampah dalam kejadian di Jalan Tanjung Bidara, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Azmi Ismail, 48, guru Sekolah Agama Tahfiz Al-Quran Al-Abqari meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Melaka berkata, Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata, siasatan awal mendapati lori sampah berkenaan dipandu lelaki berusia 37 tahun dari arah Pengkalan Balak menghala ke Kem Terendak.

“Ketika kejadian, lori terbabit dipercayai telah memperlahankan kenderaan sebelum berhenti di bahu kiri jalan.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda ADV dari arah belakang dipercayai gagal mengelak lalu melanggar bahagian pemijak kaki sebelah kanan belakang lori tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Muhammad Zaki berkata mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat, manakala kedua-dua kenderaan terlibat ditahan bagi tujuan pemeriksaan PUSPAKOM.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN