fbpx
Tengku Harith Sufri menunjukkan bekalan air paip yang keruh dan payau biarpun sudah menggunakan mesin penapis air di Taman Murni Perdana, Paka, Dungun semalam.

Tambah teh, koko pun rasa payau lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Ribuan penduduk bandar Paka, di sini, mendesak pihak berwajib menyelesaikan isu bekalan air paip payau dan kadangkala berkarat yang didakwa telah berlarutan sejak sebulan lalu.

Mereka mendakwa bekalan air bersih dibekalkan Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu) itu masih berasa payau meskipun sudah dijerang dan dijadikan minuman serta digunakan untuk memasak.

Seorang penduduk, Tengku Harith Sufri Tengku Amran, 36, mendakwa bekalan air di rumahnya masih berasa payau dan berkarat meskipun sudah ditapis menggunakan mesin penapis air.

“Lebih sebulan kami terpaksa berdepan dengan situasi air payau ini. Sudahnya kami terpaksa membeli air mineral di kedai untuk minum dan memasak.

“Pakaian dibasuh pula bukannya bersih, malah makin kotor disebabkan air berkarat,” dakwanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Murni Perdana, Paka, di sini semalam.

Tengku Harith Sufri mendakwa, aduan telah lama dibuat, namun tiada sebarang tindakan diambil pihak berkenaan setakat ini.

“Satu sepatutnya proaktif sekurang-kurangnya menghantar lori membawa bekalan air bersih bagi mengurangkan keresahan pengguna,” katanya.

Pengusaha restoran ikan baung, Nurul Miezan Qamaliena Mazidi, 23, pula mendakwa, dia terpaksa memperuntukkan ­lebih RM300 sehari untuk membeli air mineral dan ais bagi mengatasi isu tersebut sejak dua minggu lalu.

“Sebelum ini saya proses sendiri ais, namun sejak dua minggu lalu, ia tidak dapat diproses ekoran tekanan air rendah.

“Saya terpaksa membeli le­bih 40 beg ais sehari. Kami juga terpaksa membeli air mineral untuk membuat air pelanggan.

“Ramai pelanggan yang me­rungut air minuman berasa payau biarpun sudah dicampur serbuk teh, kopi atau koko serta kordial,” dakwanya.

Sehubungan itu, Nurul Miezan Qamaliena merayu campur tangan pihak berkuasa dalam mencari penyelesaian jangka panjang mengatasi masalah berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN