fbpx
JDT menepati ramalan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas membenam cabaran KL City kelmarin.

Piala Malaysia: JDT tidak peduli siapa lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JURULATIH Johor Darul Ta’zim, Xisco Munoz mengakui enggan membuat pilihan pasukan mana yang bakal ditentang pada aksi final Piala Malaysia selepas mengesahkan slot setelah membenam Kuala Lumpur City dengan agregat 8-1 kelmarin.

Pada aksi separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu, JDT tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan 4-1 hasil dua gol jaringan, Bergson Da Silva dan masing-masing satu menerusi Syahmi Safari dan Ajdin Mujagic.

Terdahulu, pada aksi pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras minggu lalu, Harimau Selatan sudah berjaya mendapatkan bekalan selesa apabila meraih kemenangan selesa 4-0.

Pada satu lagi aksi separuh akhir sebelum ini, Selangor FC dan Kuching City terikat 1-1 pada aksi pertama di Stadium MB Petaling Jaya dan aksi penentuan bakal berlangsung di Kuching pada 18 April nanti untuk menentukan pasukan mana yang lebih layak ke final.

“Siapa pun lawan, itu bukan isu. Apa yang penting, kami perlu bersedia sepenuhnya untuk memastikan kemenangan

“JDT sekali lagi berada di pentas final dan semakin hampir menambah koleksi trofi. Kami perlu pastikan Piala Malaysia tidak terlepas.

“Inilah cara terbaik untuk kami zahirkan penghargaan kepada pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang sentiasa memberi sokongan untuk pasukan terus berkembang,” katanya.

Bagi musim 2025/26, JDT sudah pun menjulang tiga kejuaraan iaitu Liga Super, Piala Sumbangsih selepas menewaskan Selangor FC 3-0 serta Piala FA Malaysia dengan kemenangan bergaya 5-0 ke atas Sabah FC.

Jika berjaya melengkapkan misi quadruple kali ini, Munoz bakal menjadi jurulatih ketiga JDT melakar sejarah quadruple selepas Esteban Solari (2023) dan Hector Bidoglio (2024).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN