fbpx
Tangkap layar video menunjukkan pasangan pengantin bersorak di atas pelamin selepas menerima duit daripada tetamu. - Facebook

Datuk 70 tahun kahwin gadis 20 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang warga emas berusia 70 tahun di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis berumur 20 tahun, lapor portal berita Lambe Turah. 

Perbezaan usia kira-kira 50 tahun itu tidak menghalang pasangan dari Luwu, wilayah Sulawesi Selatan itu untuk mendirikan rumah tangga. 

Mereka dilaporkan berkahwin bukan kerana paksaan tetapi atas dasar suka sama suka. 

Rakaman video dimuat naik di platform Facebook menunjukkan bapa pengantin perempuan menggenggam tangan pengantin lelaki dan diletakkan pada dada isterinya. 

Mereka dilihat melompat kegembiraan di atas pelamin apabila menerima wang tunai daripada tetamu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 9,800 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Biar tua yang penting banyak harta,” kata seorang netizen. 

“Jika dia tidak mempunyai harta, adakah gadis itu mahu berkahwin dengannya?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN