fbpx
MATHEUS memiliki keistimewaan yang luar biasa sehingga menarik minat Bruno untuk menamakannya sebagai pengganti jangka masa panjang. - AFP

EPL: Calon cadangan Fernandes mengejutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Ketua pasukan Manchester United, Bruno Fernandes menggesa kelab itu mendapatkan pemain tengah yang dianggap mampu menjadi penggantinya untuk jangka masa panjang.

Bruno ketika ini dikaitkan dengan spekulasi perpindahan biarpun masih belum mengesahkan mengenai masa depannya, selain usianya yang semakin meningkat menyebabkan United perlu membuat persediaan.

Justeru, pemain berusia 31 tahun itu memberikan cadangan supaya United pantas bertindak dengan membawa masuk pemain tengah West Ham United, Matheus Fernandes sebagai calon terbaik untuk menggantikannya pada masa depan.

Matheus yang baru berusia 21 tahun berjaya mencuri perhatian dengan aksi yang cemerlang, namun dia tidak bernasib baik apabila The Hammers kini bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran.

Situasi itu menyebabkan Bruno percaya bahawa ia adalah peluang terbaik untuk United mendapatkan khidmat pemain tersebut sekiranya West Ham terpaksa turun ke Liga Kejuaraan musim depan.

Matheus dianggap tonggak penting West Ham apabila turun beraksi sepenuh masa dalam setiap perlawanan, malah dia turut terlibat dalam menghasilkan enam gol untuk pasukan itu sepanjang musim ini.

Cadangan daripada Bruno itu dianggap mengejutkan ketika United dikaitkan dengan keinginan untuk mendapatkan beberapa pemain berprofil tinggi seperti Carlos Baleba, Adam Wharton dan Sandro Tonali yang memiliki tanda harga yang cukup mahal.

Matheus dibeli West Ham dari Southampton kira-kira setahun lalu pada harga £40 juta (RM213.10 juta) dan nilainya semakin meningkat, namun jika The Hammers tersingkir, dia boleh dibeli pada harga yang sangat berpatutan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN