fbpx
Tangkap layar video di Threads oleh Irwanramli_ memaparkan kaki seorang individu yang sedang mengendap.

‘Tiba-tiba ada kaki masuk tandas aku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila menyedari dirinya menjadi mangsa intai seorang individu tidak dikenali ketika sedang menggunakan tandas di sebuah stesen minyak, hari ini.

Menerusi satu hantaran di Threads oleh Irwanramli_ berkata, dia mendapati terdapat sepasang mata sedang memerhatinya melalui lubang di tandas yang dipercayai telah disediakan khas untuk tujuan tidak bermoral tersebut.

“Disebabkan sakit perut punya pasal, tak perasan ada lubang sebelah aku. Lubang itu asalnya tertutup dengan tape (pita),” katanya.

Menurutnya, suspek bertindak licik dengan mengunci hampir kesemua pintu tandas lain bagi memastikan dia hanya menggunakan tandas di bahagian hujung yang mempunyai lubang untuk menghendap.

“Pintu semua dia kunci kecuali pintu yang hujung. Ingatkan tandas penuh,” ujarnya.

“Aku pun apa lagi bengang lah dia dah mengendap. Tunggu dekat 30 minit baru dia keluar tandas,” tambahnya lagi.

Bukan itu sahaja, mangsa mendakwa suspek bersikap bersahaja dan seolah-olah tidak melakukan kesalahan meskipun perbuatannya itu telah terbongkar.

“Suruh dia belah (pergi), dia tidak mahu. Dia tunggu di stesen minyak itu hampir 20 minit. Pak cik pam petrol di situ pun kata benda ini sudah banyak kali berlaku,” jelasnya.

Mangsa turut berkongsi rakaman wajah suspek serta nombor pendaftaran kenderaan yang dinaiki lelaki berkenaan sebagai bukti dan amaran kepada orang ramai untuk berhati-hati.

Rata-rata pengguna turut mengecam tindakan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu bentuk gangguan seksual yang sangat serius serta membahayakan keselamatan pengguna di tempat awam.

“Jadi lelaki pun sudah tidak selamat sekarang,” kata pengguna Heyelzyn.

“Lepas ni bapa-bapa kalau anak lelaki nak ke tandas ikut teman sekali. Risau ada orang macam ni,” tambah Alyaabsar pula.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memeriksa keadaan sekeliling sebelum menggunakan tandas awam dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menemui sebarang aktiviti yang mencurigakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN