fbpx
INTER terus selesa menerajui takhta Serie A apabila mencatat kemenangan ke atas Roma awal pagi semalam. - AFP

Inter semakin hampiri gelaran Serie A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MILAN – Inter Milan semakin hampir menjulang kejuaraan Serie A musim ini selepas membelasah AS Roma 5-2 dalam aksi penuh dominasi di laman sendiri awal pagi semalam.

Kemenangan besar itu menyaksikan Inter kini selesa di puncak liga dengan kelebihan sembilan mata, sekali gus meletakkan mereka di landasan terbaik untuk menamatkan musim sebagai juara.

Gandingan berbisa Marcus Thuram dan Lautaro Martinez menjadi kunci kejayaan apabila kedua-duanya memainkan peranan besar dalam merobek pertahanan Roma.

Martinez yang kembali daripada kecederaan terus mempamerkan sentuhan tajam apabila meledak dua gol, termasuk jaringan seawal minit pertama yang mencetuskan momentum buat tuan rumah.

“Kami turun dengan sikap yang betul kerana Roma adalah pasukan yang sangat kuat. Kami gembira dan Thuram sekali lagi membuat perbezaan seperti biasa,” kata Martinez.

Thuram pula mengakui keserasian bersama kapten pasukan itu menjadi faktor utama kejayaan Inter, terutama dalam situasi sukar di atas padang.

“Memang saya ada hubungan istimewa dengan Lauti. Dia kapten kami dan sentiasa memberi contoh, terutama pada saat sukar. Dia buktikannya seawal minit pertama dan kami sangat gembira dia kembali,” jelasnya.

Selain dua penyerang itu, pemain tengah Hakan Calhanoglu dan Nicolo Barella turut mencuri tumpuan dengan jaringan masing-masing bagi melengkapkan kemenangan bergaya Inter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN