fbpx
HZAHARI mahu bertemu dengan anaknya yang terpisah 20 tahun lalu.

20 tahun pendam rindu nak jumpa anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Aidilfitri kali ini membawa harapan besar buat dua warga emas yang menantikan saat untuk bertemu anak-anak mereka yang terpisah lama sebelum menutup mata buat selama-lamanya.

Menurut Hzahari Md. Noor, 55, yang menetap di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Semenyih, dia amat merindui anak tunggalnya, Nur Syafiqah, 24, yang terpisah sejak 20 tahun lalu.

“Mana-mana bapa yang sudah lama tidak bertemu anak­nya tipu kalau cakap mereka tidak rindu pada anak, terma­suk saya sendiri.

“Nur Syafiqah, harap kamu datang jumpa ayah Aidilfitri kali ini. Datang jumpa ayah sekejap sahaja pun tak apa. Ayah rindu sangat dengan kamu,” katanya sayu ketika ditemui Kosmo! Ahad di sini baru-baru ini.

Hzahari menceritakan detik pahit berpisah dengan Nur Syafiqah selepas berlaku pertelingkahan kecil antara dirinya dan isteri.

Dia kemudian mengambil keputusan berpindah seketika di sekitar Kuala Lumpur untuk menenangkan keadaan.

Apabila kembali beberapa minggu kemudian, Hzahari mendapati rumahnya kosong dan gagal menghubungi isteri­nya ekoran nombor telefon telah ditukar.

“Saya ambil keputusan mencari isteri di rumah mentua, namun sambutan yang diberikan amat dingin. Keluarga mertua mahu saya melupakan anak dan isteri,” jelasnya.

Bekas tukang masak itu memaklumkan, dia tidak pernah berputus asa dan terus mencari keluarganya.

“Saya terpaksa menjalani pembedahan lutut kiri pada 2021 dan tidak boleh berjalan seperti biasa. Terlantar di hospital selama beberapa bulan, saya hilang pekerjaan dan tiada pendapatan untuk bayar sewa rumah.

“Pihak hospital kemudian menyarankan supaya tinggal di rumah kebajikan. Setiap kali solat, saya sentiasa berdoa agar dapat bertemu Nur Syafiqah sebelum ajal menjemput,” ujarnya yang berasal dari Pulau Pinang.

Harapan sama turut di­sandarkan Yusuf@Azim Ali, 79, yang tidak pernah dijenguk anaknya sejak empat tahun berada di rumah kebajikan sama.

“Saya faham kalau anak tidak boleh datang melawat selalu. Tapi jangan sampai tak datang langsung. Datang melawat saya sekali setahun pun tidak mengapa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN