fbpx
ZELENSKY

Presiden Zelensky tawar diri buka semula Selat Hormuz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KYIV –  Presiden  Volodymyr Zelensky berkata bahawa Ukraine boleh membantu membuka sekatan Selat Hormuz selepas penutupannya oleh Iran menggugat ekonomi dunia.

Iran mengenakan sekatan ketat ke atas laluan perkapalan utama itu sehingga mengancam bekalan bahan api  sekali gus ekonomi global sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat-Israel yang mencetuskan perang Asia Barat.

“Tiada sesiapa pun melibatkan kami secara khusus dalam isu Selat Hormuz. Semasa lawatan saya, saya memberitahu wakil-wakil Asia Barat dan Teluk bahawa Ukraine bersedia membantu dalam segala apa yang berkaitan dengan pertahanan,” kata Zelensky.

Beliau bercakap kepada sekumpulan kecil wartawan, termasuk AFP semalam.

Zelensky tidak memperincikan bagaimana Ukraine boleh membuka semula Selat Hormuz, tetapi memetik pengalaman Kyiv memulihkan laluan di Laut Hitam  yang sebelum ini disekat oleh Russia.

Ukraine bimbang diketepikan apabila dunia mengalihkan tumpuan kepada perang di Asia Barat.

Minggu lalu, Zelensky melawat beberapa negara  Asia Barat dan menandatangani perjanjian pertahanan dengan Qatar serta Arab Saudi.

“Saya percaya kami telah mengubah sikap negara-negara Asia Barat dan wilayah Teluk terhadap Ukraine untuk tahun-tahun yang akan datang,” kata Zelensky. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN